Friday, July 28, 2023

Tips travel ke Pulau dengan anak kecil

Alhamdulillah rezeki kami dapat merasa bercuti dan makan angin bersama kakak saya. Beliau selalu kongsi rezeki dengan adik beradik. 

Berkat Shaklee kami merasa pergi umrah satu family besar. Terasa esklusif kerana kami pergi hanya keluarga sahaja.

Dalam penulisan kali ni saya nak share tips travel ke Pulau dengan anak kecil. 

Pada tahun lepas kami berpeluang bercuti di Pulau Redang yang popular di kalangan pelancong. Percutian kali ini kami datang bersama pakcik saya , kakak saya dan ustaz kepada anak saudara saya.

Walaupun pada mulanya saya tak yakin boleh bercuti dengan anak kecil ke Pulau...ditambah kakak saya bagi tahu pulau ni jaraknya dari darat mengambil masa 40 minit. Ooo masa tu saya terbayang jika anak saya terjeit-jerit takut di dalam bot. Jenuh juga nak hadap 40 minit merentas laut.

Namun ada beberapa tips yang kakak saya ajar terutama nak bawa anak kecil bercuti di Pulau.

Tips travel ke Pulau dengan anak kecil


Tips travel ke Pulau dengan anak kecil


1.Mula maklumkan pada anak tempat yang bakal nak pergi di saat kita dah plan nak bercuti. Contohnya lagi 2 minggu nak travel maka bermula hari itu kita sentiasa update anak kecil walaupun dia tak faham [ pada pendapat kita dia tak faham].

Percutian yang kita bayangkan dan mahukan, itu lah yang kita akan cerita pada anak kecil kita. 

"Nanti kita nak pergi bercuti di Pulau Redang. Maka ibu harap adik baik-baik aje. Tak meragam dan tak menyusahkan ibu. Kita bercuti kena happy dan seronok."


Inilah ayat yang kakak saya bagi contoh untuk disebutkan pada anak. Setiap hari duk ulang ayat tu. Tanpa bosan kita sampaikan sehinggalah hari nak bertolak.

Benarlah ajaib petua kakak saya. Sepanjang dalam bot 40 minit menuju pulau, anak kecil saya tidur dengan sangat nyenyak.

Adakala apa yang kita jangka tak berlaku pun. hahaha. semuanya kena doa dari awal.
Tips travel ke Pulau dengan anak kecil



Pulau Redang yang kami nak pergi ni mempunyai banyak aktiviti yang sesuai dengan keluarga.

2.Maka Tips Travel ke Pulau dengan anak kecil seharusnya mencari tempat yang ada aktiviti untuk anak-anak dan menghiburkan.

3.Selain itu pakaian renang sudah pasti sangat penting supaya anak enjoy mandi laut atau mandi kolam. Baju renang pula mempunyai material yang cepat kering bila dijemur di dalam bilik air atau di luar bilik.

Tips travel ke Pulau dengan anak kecil
Tips travel ke Pulau dengan anak kecil



4. Bila travel dengan anak kecil ke mana sekalipun jangan sesekali abaikan keperluan membawa ubat-ubatan. Mereka ni fragile. Adakala sakit perut, demam. batuk dan selesema maka mak la perlu menjadi orang yang paling bersedia.


Terima kasih kakakku yang membawa kami bercuti dan sentiasa berkongsi rezeki dengan Ein anak beranak.


Berminat nak join Shaklee?


Pengedar Shaklee Bukit Payong





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas ulasan dan coretan anda.