Wednesday, June 21, 2023

7 Amalan Gaya Hidup Yang Sihat

Menjalani gaya hidup sihat adalah kunci untuk mempertahankan kesihatan dan kesejahteraan kita


Pentingnya kita menjaga amalan gaya hidup sihat kerana kesannya bukan minggu depan atau tahun depan tetapi bila kita dah meningkat usia.


Minum Air Secukupnya

 Minum banyak air suam atau air mineral untuk membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Memang kita akan rasa kerap nak buang air bila kita kerap minum namun ia bagus untuk proses detox. Pengambilan air sehari yang dicadangkan adalah anggaran 2.5 hingga 3 liter sehari.

7 Amalan Gaya Hidup Yang Sihat


Diet yang Sihat

2.Makan yang cukup tetapi bukan berlebihan. Cara terbaik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Diet yang seimbang juga penting untuk dapatkan Gaya Hidup yang Sihat. Pengambilan gula yang terkawal dan garam yang minima juga penting untuk kita jaga makan jangka panjang.


Elakkan Merokok

KETAGIHAN merokok antara satu tabiat yang paling sukar dan mencabar untuk diatasi dalam kalangan sebilangan perokok.
Golongan yang mempunyai ketagihan ini terutama perokok tegar pasti tahu bagaimana rasa di saat mereka mencuba untuk berhenti dari merokok.
Salah satu sebab yang kuat mengapa anda perlu berhenti adalah kerana analisa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa golongan perokok berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi yang lebih teruk jika dijangkiti COVID-19.

Jom baca artikel ; 5 langkah untuk berhenti merokok

7 Amalan Gaya Hidup Sihat


Bersenam

Bersenam baik untuk kesihatan dan rohani. Lakukan walaupun hanya 20 minit sehari. Sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Bersenam bukan hanya untuk kesihatan tetapi ia juga bagus untuk usaha menurunkan berat badan.


Menguruskan  Stress

Tekanan dalam hidup memang ada, cuma kita kena pandai menguruskannya. Bagi muslim boleh la jadikan aktiviti zikir sebagai riadah yang boleh membantu mengawal tekanan yang datang. Bagi bukan muslim boleh la mendengar muzik rentak perlahan yang menenangkan.


Tidur Berkualiti

Jika anda sukar tidur seperti kerap terjaga ketika tidur atau tidak selesa, pelbagai cara boleh dilakukan bagi mengembalikan ketenangan waktu tidur.

Tidur pada waktu yang sama, setiap hari malah di hujung minggu serta hari cuti. Konsistensi membuatkan badan anda terbiasa dengan kitaran jadual tidur tersebut.

Jangan masuk tidur jika berasa lapar atau terlampau kenyang. Rasa tidak selesa akan membuatkan anda kerap terjaga. Kesan rangsangan nikotina, kafein dan alkohol yang mengambil masa berjam-jam untuk hilang juga akan mengganggu tidur anda.

Lakukan perkara yang sama setiap malam sebelum tidur seperti mandi air panas, membaca buku atau mendengar muzik yang menenangkan sebagai peringatan kepada badan untuk berehat. Elakkan menggunakan peralatan elektronik dalam ritual waktu tidur.


7 Amalan Gaya Hidup  yang Sihat




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas ulasan dan coretan anda.