Thursday, May 18, 2023

Cash Rebate - Dapat la makan vitamin percuma

Ada orang mungkin suka berjual kerana untung runcit yang mereka terima hasil jualan barang. Dulu pernah ada kawan ajak jual produk yang mana untuk jual 1 unit adalah dalam RM5. Kalau 10 unit dah dapat RM50. 

Namun saya minat dengan Shaklee lagi. Mungkin ramai yang tak tahu, bila kita ahli Shaklee, belian mencukupi syarat mata ganjaran yang ditetapkan melayakkan kita menerima cash rebate. 


Zaman saya join Shaklee dulu-dulu, kalau tak update no akaun Shaklee akan bayar dalam bentuk cek walaupun hanya RM22. Unik kan?

Dulu belian dalam RM480 dah layak dapat 5% ...hanya guna sendiri dan tanpa downline pun boleh layak dapat cash rebate. Best kan?

Namun orang kata, alang-alang seluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. So alang-alang buat , kita cuba la dapatkan cash rebate yang besar sikit.

Cash Rebate

Masa awal-awal dulu saya cuma berkongsi dengan sedara mara sepupu sepapat aje...kawan-kawan sekolah ada juga la yang suka mencuba. Awal-awal dapat dalam 2-3 ratus buat saya happy betul.

Siapa nak bagi kan?

Bila kita sendiri makan dan kongsikan dengan orang yang ada masalah macam kita , ia menjadi satu yang bermanfaat.

Antara vitamin kegemaran saya adalah Lecithin. Selain makan untuk turunkan berat badan , masalah pembuangan juga jadi sangat lancar.

Kakak saya adalah orang yang bertanggungjawab bawak saya ke dunia Shaklee. 

Bila mak pun makin sihat dan mata lebih jelas lepas amal Vivix buat saya lebih yakin dan seronok nak berkongsi.


Kakak saya rajin bawak mak ke Miri semasa beliau duduk di Miri dulu. Ada masa saya dan anak saya akan teman mak ke Miri. Menetap la kami di sana dalam 5-6 hari kemudian balik ke Muar semula.

Dari situ saya teruja nak buat bisnes ni...kerana boleh diurus dari rumah dan anak juga tak perlu hantar pengasuh. Semua boleh kita urus di rumah sendiri.

Sampai sekarang, alhamdulillah merasa la cash rebate dengan belian dan perkongsian yang saya buat dengan ahli keluarga dan orang kampung.

Cash rebate ni la saya gunakan untuk beli vitamin Shaklee setiap bulan. Ianya sungguh menjimatkan. Bagi yang bekerja dan buat bisnes ni part time. cash rebate yang mereka perolehi boleh la buat beli vitamin bulanan tanpa mengusik duit gaji sekalipun terutama jika dah capai 4 angka, ia sangat lumayan.

Jika anda seorang surirumah, jika anak pun dah besar, boleh la cuba buat Shaklee ni part time. Adakala ia menjadi asbab untuk kita melihat dunia dan hebatnya kuasa Allah.

Saya dah lihat kakak saya dapat pergi Umrah dengan Shaklee hampir setiap tahun dan bawa kami sekeluarga berjalan-jalan.  Moga saya juga merasa seperti kakak saya dapat dengan Shaklee.

Benar setiap kita rezeki tak sama, tapi kalau kita tak cuba, kita sesekali takkan tahu bahagian kita yang Allah nak beri.


Memula saya juga macam anda, blur dan tak tahu tapi bila selalu bertanya dan belajar, alhamdulillah nampak la jalannya.

Jika anda berminat nak dapatkan CASH REBATE dari Shaklee macam saya, jangan la segan...boleh aje WASAP saya untuk lebih lanjut.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas ulasan dan coretan anda.