Dalam dunia yang bergerak sangat pantas membuatkan ramai yang mahukan result yang cepat dalam apa yang diusahakan. Tidak terlepas dengan impian nak jadi kurus.
Ada yang sanggup keluar duit buat pembedahan untuk buang lemak, makan ubat tahan lapar selain ada yang ambil pil kurus ditambah macam macam produk yang ada dalam pasaran termasuklah produk timbang kilo. Semua ini adalah semata -mata untuk Kurus dengan Cepat.
Kerana mahukan kesan yang segera, mereka tidak lagi memikirkan kesan jangka panjang yang akan mereka tanggung akibat pengambilan ubat tahan lapar atau ubat kurus.
Pengambilan ubat ini mempunyai kesan jangka panjang dan secara tidak langung boleh membahayakan kesihatan kita.
Hari ini saya nak sharekan TIPS untuk Kurus Dengan Cepat dan Sihat.
1. Kawal Pengambilan Pemakanan.
Ada 3 perkara yang perlu kita ambil tahu bila nak kawal pengambilan makanan. Antaranya pengiraan kalori makanan yang kita ambil, pastikan tidak melebihi jumlah yang disarankan. Jika wanita jumlah kalori yang diperlukan setiap hari jika anda dalam proses untuk mengurangkan berat badan ialah 1500 kalori manakala lelaki tidak melebihi 2000 kalori.
Macam mana pulak kita nak tahu berapa kalori makanan yang kita ambil? Cara paling mudah cuba download aplikasi yang user friendly seperti Calories In Food, My Diet Diary Calorie Counter, My Plate Calorie Tracker dan banyak lagi.
Pemilihan makanan juga sangat penting. Cuba elakkan makanan yang terlalu berminyak, terlalu manis atau masin, dan elakkan makanan yang mengandungi bahan perasa.
Portion makanan juga mainkan peranan penting. Cadangan diet suku-suku separuh sangat digalakkan.
2. Intermittent Fasting
Ia merupakan kaedah diet yang sangat popular sekarang. Ia antara tips paling bagus untuk kurus dengan cepat.
Saya pernah menulis tentang Intermittent Fasting sebelum ini. Banyak hasil kajian sains telah menunjukkan keberkesanan diet IF ini. IF juga terbukti dapat mengurangkan tekanan darh tinggi menurut kajian oleh Malinowski et. al (2019).
3. Elakkan makan malam lewat
Nak kurus dengan cepat kena ada disiplin diri. Paling utama kena ada jadual pengambilan makanan yang teratur. Jika perlu dinner, pastikan tidak melebihi jam 9 malam. Ini kerana malam kita kurang aktiviti , pengambilan makanan yang lewat akan mengganggu sistem pencernaan manusia.
4. Senaman
Walaupun ada orang yang memang sangat sukar bersenam, namun beberapa aktiviti mudah boleh diamalkan seperti turun naik tangga [ elakkan penggunaan lift atau escalator], berjalan kaki [ morning walk], berbasikal, berenang antara aktiviti yang boleh dilakukan secara santai.
Seseorang itu perlu bersenam sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu untuk pastikan metabolisme kita meningkat.
5. Tidur yang cukup
Orang yang tak tidur dengan secukupnya akan mengalami masalah berat badan. Susah nak kurus. Kenapa? Kalau kita tidur lambat, berjaga sampai pukul 3.00 pagi, dijamin kita akan rasa lapar. Bila lapar mulalah nak masuk dapur cari makanan. Bila tak cukup tidur, metabolism kita juga akan berkurangan. Macam mana nak bakar lemak?
6. Supplement Wise
Sebagai seorang yang dah lebih 10 tahun dalam Shaklee, saya akan sarankan beberapa vitamin yang membantu untuk kurus dengan cepat. Set Hello New You adalah antara set yang membantu ramai mendapat berat yang mereka impikan.
Set Hello New You Shaklee |
Jom lihat Testimoni
klik image untuk besarkan gambar |
klik image untuk besarkan gambar
Jika anda berminat nak dapatkan vitamin untuk kurus secara langsung dapat grab peluang yang ditawarkan, boleh hubungi saya untuk lebih lanjut.
☎️ 013-999-3499
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas ulasan dan coretan anda.