Wednesday, April 19, 2023

Kulit Nampak Kusam? Jom cuba ni.

Cantik ni memang satu yang subjektif tapi wanita tak dapat dipisahkan dari kecantikan.

Banyak faktor yang menyumbang kepada kecantikan wajah ni sebenarnya.... saya nak menulis tentang cara nak atasi kulit kusam.

Atasi Kulit Kusam dengan Dua ini

Paling utama pengambilan air haruslah mencukupi.

Pengambilan makanan yang seimbang juga perlu. Makanan tidak boleh la terlalu berminyak dan terlalu pedas. Dua ini akan menyebabkan gangguan pada permukaan kulit muka, khususnya pori-pori kita.

Zaman belajar kakak saya  kat Universiti dulu saya rasa dia seorang yang kuranggggg sangat minum air. Dia suka makan ayam atau ikan goreng. Selain itu dia juga suka makan kacang. Zaman sekolah lagi mak suka belikan kacang tanah yang glemer tu, kalau tak silap kacang Ngan Yin.

Mungkin atas faktor ini, kulit kakak saya senang ada jerawat pasir dan paling kritikal masa dah dekat tahun 2-3 kat Universiti muka dah mula keluar jerawat batu.

Arghhhh siapa yang tak stress? Kata kakak saya dia siap kena perli dengan pelajar lelaki kolej kediaman di Univeriti....telinga kena belajar pekakkan dan hati kena kental.

Kulit Kusam ni ada banyak sebab lain juga... selain dari pengambilan air yang kurang dan makanan yang tidak seimbang , antara sebab lain adalah

 

# Stress atau Tekanan

Stress ni adakala kita tak nampak....tapi keletihan yang melampau juga boleh sebabkan stress. Tanda biasa stress ni seperti sakit kepala, penglihatan jadi kabur dan bahu atau pinggang rasa sakit macam sengal.

Stress ni boleh menjemput banyak penyakit lain. Stress juga akan meningkatkan penghasilkan minyak pada kelenjar wajah dan secara langsung akan menyebabkan kulit menjadi kusam.

#Mengabaikan rutin pembersihan kulit muka

Kita akan terdedah dengan habuk , hama dan segala debu udara kotor bila terlibat dengan aktiviti luar.Namun ia adakala tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Namun ia akan melekat pada kulit wajah tanpa kita sedar.

Oleh sebab itu rutin membasuh muka sekurang-kuranganya 2 kali sehari tidak boleh diabaikan untuk membersihkan kulit muka dari kotoran dan debu.

# Kurang Tidur

Ada orang memandang remeh keperluan tidur. Hakikatnya tidur waktu siang tidak sesekali sama dengan tidur waktu malam.

Jangan sangka jika kita tidur malam 2 jam, bakinya kita lakukan pada siang hari menjadikan 6 jam adalah sama seperti tidur malam 6 jam. Opsss ia tidak sama sekali.

Hati kita mula bekerja untuk menyingkirkan toksin bermula jam 11 malam. Jika kita tidur melepasi waktu itu, maka tugas hati sudah mula terganggu.

Jika nak dapatkan kulit yang sihat maka tidur perlulah mencukupi. Tidak kurang juga perlu dapatkan vitamin D dari cahaya matahari pada waktu yang disarankan.

# Guna produk kecantikan yang salah

Produk kosmetik hari ini dikatakan bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan kerana terlalu banyak dalam pasaran hari ini.

Ada yang bagus & tak kurang juga banyak yang tidak selamat digunakan. Ada yang gunakan bahan-bahan yang terlarang dan tiada kelulusan KKM.

Atas sebab itu, kulit bukan sahaja jadi kusam malah ada yang jadi lebih teruk hingga mencacatkan penampilan kita. 

# Faktor Kekurangan Vitamin.

Badan kita amat memerlukan vitamin untuk lakukan aktiviti yang lebih mudah dan juga buatkan tubuh badan kita lebih sihat & segar.

Kulit yang kekurangan vitamin akan sebab anda mengalami pelbagai masalah kulit seperti kulit kusam dan juga akan sebabkan kulit berminyak.

 

Maka sempena promo Vitamin Rahmah ini, saya nak mengajak anda mendapatkan 2 vitamin ini untuk bantu dapatkan kulit wajah yang bersih dan berseri.

Atasi Kulit Kusam dengan Dua ini.

Benarkah 2 vitamin ini bantu atasi Kulit Kusam?

Jom saya share kan kebaikan 2 vitamin ini :

ESP Shaklee :

6 kandungan ESP Shaklee untuk kecantikan , antaranya ialah 

Atasi kulit kusam dengan dua ini




1.Protien 
Ia merupakan protein soya. Protein yang bagus kita ambil adalah dari sumber tumbuhan berbanding dengan sumber haiwan.

Protein merupakan keperluan asas binaan blok sel tubuh badan manusia. Kulit wajah kita akan diperbaharui setiap 28 hari. ESP Shaklee merupakan protein soya yang lengkap dengan sembilan [9] amino asid yang diperlukan oleh tubuh badan untuk mendapatkan kesihatan dan kulit yang cantik.

2. Niacin [ Vitamin B3]

Niacin atau vitamin B3 juga dikenali sebagai Niacinamide banyak digunakan dalam rangkaian penjagaan kulit muka. Ia membantu mengecilkan liang pori , merata samakan wanra tona kulit , membantu atasi kulit kusam dan memberi kelembapan pada kulit.

3. Thiamine [ Vitamin B1]

Ia berfungsi untuk membantu mengurangkan tekanan atau stress yang kita lalui secara langsung dapat mengurangkan risiko kehadiran jerawat dan masalah kulit akibat stress.

4, Riboflavin [ Vitamin B2]

Vitamin yang berfungsi untuk bantu kekalkan kandungan kolagen dalam kulit kita. Bermula usia 25 tahun, penghasilan kolagen dalam badan dah mula berkurang. Maka Vitamin B2 ini membantu mengekalkan penghasilan kolagen ditahap optimum.

Ia juga bantu elakkan masalah kekeringan kulit yang melampau dengan bantu memberi kelembapan pada kulit.

 

5. Pyridoxine [ Vitamin B6]

Ia berfungsi agar vitamin B lain dapat berfungsi dengan baik.Vitamin B6 yang terkandung dalam ESP ini sangat membantu untuk jerawat yang suka menjengah dikala tempoh haid sedang berlangsung.

6. Asid Pantotenik [Vitamin B5] 

Ia membantu kulit menjadi lebih lembut , licin dan sihat. Vitamin B5 ini juga bersifat anti inlfammation , membantu mengecutkan jerawat atau masalah kulit lain yang serius seperti psoriasis dan sewaktu dengannya.

Testimoni Pengguna

Atasi Kulit Kusam dengan Dua ini  

 

Vitamin C Shaklee

Vitamin C Shaklee bersifat sustained release . Maksudnya, pelepasan berperingkat. Vitamin C Shaklee dirembeskan secara perlahan-lahan dalam setiap jam mengikut keperluan badan kita. TIADA PEMBAZIRAN SERAPAN VITAMIN.

i. Vitamin C Shaklee bersifat larut air dan mudah dihapuskan dalam keadaan tertentu. BOLEH BUAT MASKER.

ii. Mengandungi 120mg bioflavonoid dan 25% bioflavonoid diekstrak daripada kulit buah yg dikenali sebagai vitamin C complex. IMMUNE BOOSTER

iii. Vitamin C Shaklee bertindak sebagai anti radang, anti alergi ,anti-virus dan anti kanser.

 

Testimoni Pengguna Vitamin C Shaklee

            Atasi Kulit Kusam dengan Dua ini 

 

Jika anda berminat nak dapatkan Set Rahmah ini sekaligus dapat menjadi ahli percuma, jom hubungi saya hari ini!

Boleh Wasap atau call saya : 013-9993499



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas ulasan dan coretan anda.