Tahun 2023 ni special tau Raya kali ni...rezeki anak-anak jugak la sebenarnya.
Bulan puasa aritu kakak saya dah beri hadiah Raya yang sangat istimewa iaitu Shaklee Youth Set. Mula-mula terperanjat juga namun saya tahu akak saya suka bagi hadiah yang mengejut sempena musim perayaan.
Hari Raya dengan Shaklee tahun ni lebih bermakna....
Pada umur saya 30++ ni, adalah waktu yang kena usaha jaga kecantikan. Taknak la tua sebelum usia.
Memang kita amal makan vitamin, tapi itu untuk dalaman. Luaran juga sama penting.
Kita pula terdedah dengan banyak pencemaran udara, dengan orang bakar sampah nya, asap rokok..belum lagi sinar UV/A dan UV/B dari sinar matahari.
Walaupun kita amal makan vitamin C dan ESP secara konsisten, namun penjagaan kulit sama penting.
Umur 30 an dan 40 an adalah waktu yang biasanya wanita dah kurang ambil berat tentang penjagaan kulit muka.
Ramai juga wanita hari ini yang membiarkan wajah mereka penuh dengan pigmentation atau bahasa mudah kita kenali sebagai jeragat.
Apa yang saya tahu, masalah jeragat banyak terjadi pada mereka yg berumur 30-an ke atas.
Bila kita berumur 30-an kulit kita sudah matang. Maksudnya proses untuk menghasilkan kolagen lebih rendah berbanding dari waktu umur kita belasan tahun.
Macam saya ni, selalu aje keluar masuk rumah...hantar anak, amik anak...jadi pasti lah terdedah dengan sinar UV dari cahaya matahari.
Sebenarnya kulit kita sendiri akan usaha menjaga dari kerosakan akibat pendedahan matahari iaitu dengan menghasilkan banyak melanin iaitu pigment yang hasilkan warna gelap pada kulit.
Makin banyak melanin di bawah kulit itu akan berwarna gelap la kawasan kulit tersebut. Maka kulit akan nampak bertompok-tompok.
Sebab itu penting tau guna sunblock yang tinggi SPF nya.
Hakikatnya pemakaian sunblock sedikit sebanyak, ia membantu kulit kita dari terkena sinaran UV yang merbahaya.
Jadi Kulit kita tidak perlu menghasilkan banyak melanin untuk menghalang sinaran UV tersebut, ini kerana dah ada sunblock kita yang kita pakai membantu menghalan sinaran UV.
Namun secara keseluruhan , Shaklee Youth Set ini diperbuat dari bahan semulajadi yang selamat digunakan selain BERKESAN.
Paling utama tiada bahan yang boleh merbahayakan kulit dalam jangka panjang.
Hari Raya dengan Shaklee la kita tahun ni.... selain produk makan, time ni la nak melawa ...
Anda berminat nak dapatkan produk ni? Nak lebih jimat jadi ahli.
Meh KLIK EXPRESS AHLI untuk pendaftaran ahli dengan kami.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas ulasan dan coretan anda.