Tuesday, March 28, 2023

Vitamin C bukan hanya untuk cantik.

Vitamin C bukan hanya untuk cantik, tapi banyak manfaat dan kepentingan lain yang badan kita perlukan.

Walaupun Vitamin C terkenal  sebagai vitamin antioksidan selain memberi kecantikan pada wajah serta memberi

rasa muda sentiasa namun tahukah kita , badan kita memerlukan vitamin C lebih dari hanya kecantikan?

 

Kekurangan vitamin C ini boleh membawa kepada beberapa masalah kesihatan seperti anemia, keletihan, kelesuan, pendarahan secara tiba-tiba, sakit pada anggota badan terutama pada bahagian kaki, bengkak di beberapa bahagian badan, risiko kehilangan gigi serta ulser gusi.

Vitamin C bukan hanya untuk cantik

Kelemahan Vitamin C

Pengambilan Vitamin C pula tidak la boleh diambil secara berlebihan dari dos yang disarankan kecuali kita jatuh

sakit atas nasihat doktor. Pengambilannya pula tidak digalakkan diambil dalam perut yang kosong dikhuatiri akan

menyebabkan ulser pada perut.

 Badan kita tak mampu nak hasilkan sendiri vitamin ini, lebih malang ia vitamin yang mudah rosak akibat haba yang

tinggi dan stress yang tidak dapat dikawal.

Dengan ini kita dapat simpulkan bahawa vitamin C sangat penting bukan hanya untuk cantik.

Vitamin C bukan hanya untuk cantik.

 

Tubuh badan kita memerlukan vitamin antioksidan kerana banyak fungsi.

Antaranya adalah membantu meningkatkan sistem pertahanan badan , membantu mencegah penyakit skurvi, mengukuhkan dinding salur darah  dan menolong pembentukan tisu  iaitu kolagen.

Selain mengurangkan stress, membantu menurunkan kadar kolestrol jahat [ LDL] selain melambatkan penuaan,

membantu kecerahan pada kulit serta melambatkan kedutan akibat penuaan.

Bila kita dah tahu betapa pentingnya Vitamin C, maka jom mulai sekarang jangan culas makan vitamin C.

Lebih istimewa saya nak kongsikan bahawa sebiji vitamin C bersamaan dengan 7 setengah biji Oren. Jika anda mampu untuk menyediakan hidangan buah yang banyak setiap hari, mungkin tidak menjadi masalah. 

Namun cabaran kita hari ini adalah buah yang dijual kebanyakkan adalah buah GMO iaitu buah yang telah diubah genetiknya.

Maka pengambilan supplement adalah salah satu cara kita nak atasi jurang yang terdapat dalam nutrisi harian kita.

Selain mencari vitamin yang bagus, kita perlu mencari vitamin yang setara dengan harga yang kita bayar.

 


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas ulasan dan coretan anda.