Monday, March 6, 2023

Sahur perlu makan berat?

MasyaAllah tak lama aje lagi puasa Ramadhan. Pasti ramai yang usaha ganti puasa sebelum buka buku baru Ramadhan tahun ni. Bila cerita Puasa Ramadhan, pasti dah terbayang nanti akan bersahur apa.

 Apa itu sahur sebenarnya? Sahur mengikut Kamus Dewan adalah

Definisi : berjaga; makan ~ makan selepas waktu tengah malam sebelum terbit fajar dlm bulan Ramadan (juga dlm bulan lain bagi orang yg hendak berpuasa); bersahur makan sahur (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Sahur

 

Makan sahur ini biasanya untuk memastikan kita bertenaga sepanjang berpuasa.  Kalau masa saya kecil dulu, mak akan siapkan lauk pauk bersahur untuk seisi keluarga. Macam makan tengahari tapi hanya masa berbeza. Kami akan makan anggaran jam 5 pagi. Biasa dalam sejam sebelum waktu solat Subuh. 

Ada juga mereka yang suka makan sebelum tidur. Ini kerana mereka rasa sukar untuk bangun awal dan makan. Jadi mereka menjadikan amalan makan sebelum tidur. Namun ada bahayanya juga kerana ia akan mudah menjadikan berat badan kita bertambah. Gula dari makanan tidak dapat ditukarkan semasa kita tidur dan ia akan disimpan sebagai lemak.

Sahur

 

Rasulullah menyarankan umatnya untuk melambatkan sahur. 

Kita disunnahkan untuk melewatkan sahur. Perkataan itu sendiri merujuk kepada akhir malam atau sepertiga akhir malam. Ini seperti firman Allah:

وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ

(maksudnya) “Pada waktu sahur mereka memohon keampunan” (Surah Ali ‘Imran: 17).

Bersahur terlalu awal bukanlah sesuatu yang digalakkan sebaliknya disunnahkan melewatkannya.

 

Adakah memang kita kena makan yang berat seperti nasi berlauk sebagai persediaan untuk pastikan kita bertenaga sepanjang berpuasa siang hari? Saya rasa mak -mak kita dulu hanya nak pastikan kita kenyang dan tidak merengek meminta makanan selagi belum masuk waktu berbuka.

 

Kelebihan bersahur 


Besarnya rahmat Allah, sehingga seseorang yang bangun bersahur agar dia bertenaga esok harinya ketika berpuasa, dihitung sebagai ibadah yang diberi ganjaran. “Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sungguh, sebenarnya sahur itu tidak la semestinya kita mengamalkan makanan yang berat seperti nasi berlauk pauk , memadai sekadar air kosong bersama beberapa biji tamar. Sebab itu bulan puasa sangat sinonim dengan buah kurma.

Bagi yang mempunyai masalah gastrik adalah sangat digalakkan bersahur sebelum berpuasa. 





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas ulasan dan coretan anda.