Kesan Intermitten Fasting
Bercerita tentang Intermittent Fasting, pasti saya akan nampak wajah kakak dan abang saya. Memula saya pun tak tahu apa tu Intermittent Fasting atau nama pendek dia IF. Kadang-kadang saya datang hantar sarapan pagi, kakak saya akan kata tak perlu susah susah. Dia kata dia tak makan pagi tapi setahu saya kakak saya ada gastrik, kenapa dia boleh skip makan. Abang ipar pun dah tak makan pagi. Rupa-rupanya mereka amal Intermitten Fasting. No wonder abang ipar saya mula nampak kurus. Sangat ketara result dia.
Lepas tu perlahan-lahan saya belajar apa itu IF, terbaca pula artikel kakak saya tentang Intermittent Fasting saya mula faham. Sebenarnya ada beberapa kesan IF yang boleh dilihat. Walaupun ia antara kaedah diet yang sedang meningkat popular tapi kita kena juga faham kesan pada tubuh kita.
Intermittent Fasting atau nama dengan singkatan lain IF sebenarnya macam berpuasa dibulan ramadhan cuma ia tidak terhad pada siang hari aje. Uniknya IF ni pula, masa tidur juga dikira kita sedang berpuasa. Maka sebenarnya IF ni boleh saya katakan puasa berkala, tak boleh makan semasa tempoh tertentu dan hanya boleh makan pada masa tertentu. Namun yang demikian, pada waktu berpuasa, kita tetap boleh mengambil minuman tetapi yang tiada kalori. Contoh minuman tiada kalori ialah teh 0 dan kopi 0 [ teh dan kopi tanpa gula], air kosong dan cuka epal. Mengapa cuka epal sangat digalakkan, kerana ia mengandungi pro bio tik yang bagus untuk perut. Maka perut kita tak bermasalah sepanjang kita buat IF.
Antara kesan Intermittent Fasting ialah
Bagi yang baru tahu tentang IF, mereka mungkin akan mengalami hipoglikemik atau keadaan dijana kadar gula dalam darah menjadi sangat rendah. Perkara ini juga akan menyebabkan seseorang itu boleh mengalami sakit kepala, denyutan jantung meningkat, berasa pening, loya dan mual. Ketika kita tidak makan, tubuh akan membakar glikogen [glukosa yang disimpan] pada hati dan otot, kemudian akan mula membakar lemak.
Kesan hipoglikemik |
Walau yang demikian, ia tidak berlaku secara berterusan. Ia hanya berlaku pada peringkat awal dan selepas itu tubuh kita akan mula menyesuaikan diri. Mungkin sebab itu kakak saya takde masalah gastrik kerana badannya dah mula menyesuaikan diri.
Kesan IF yang lain adalah sensitiviti insulin meningkat.
Bagaimana fungsi insulin |
Mereka yang mengamalkan diet IF ni akan mendapati sensitiviti insulin mereka mula meningkat. Terdapat kajian mendapati lelaki dengan pradiabetis yang mengikuti diet IF meningkatkan sensitiviti insuli mereka sekaligus dapat menguruskan gula dalam darah dengan lebih baik.
Ini adalah kerana setiap kali kita makan, tubuh kita akan merembeskan insulin untuk memindahkan gula daripada saluran darah ke sel dalam tubuh untuk ditukarkan menjadi tenaga.
Oh walau pun begitu, pesakit diabetes yang bergantung dengan pengambilan insulin harus mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu jika nak amal diet IF ini kerana ia mungkin mempengaruhi kesan ubat mereka.
Keperluan bersenam semasa IF
Memadai senaman yang konsisten |
Mereka yang menjalani IF disarankan untuk melakukan senaman ringan terutamanya ketika baru mencuba diet Intermittent Fasting ini supaya badan akan cepat dapat menyesuaikan diri. Waktu terbaik untuk lakukan senaman pula adalah semasa permulaan atau semasa akhir IF.
Berpuasa dan bersenam bukan satu masalah tetapi ia harus dilakukan secara sistematik agar seseorang tidak kehilangan tenaga dengan lebih cepat.
Rasa mengidam yang semakin merosot
Mereka yang amal diet Intermittent Fasting ni mampu menjaga keseimbangan gula dalam darah dengan lebuh baik IF memaksa kita berhenti makan pada waktu tertentu. Diet IF juga meningkatkan rasa kenyang melalui penghasilan hormon pengurangan nafsu makan. Diet IF dikatakan dapat membantu menurunkan kadar ghrelin iaitu hormon yang meransang rasa lapar terutama pada individu dengan masalah obesiti.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas ulasan dan coretan anda.