Monday, November 24, 2014

CIRI KOLESTEROL TINGGI



CIRI KOLESTEROL TINGGI




 ciri-ciri kolesterol tinggi






  • Rasa berat di tengkuk hingga rasa sengal di bahu
Sebahagian besar orang merasakan berat di kepala dan sakit-sakit sebagai gejala awal. Gejala ini muncul sebagai akibat kurangnya oksigen.

  • Cepat Mengantuk
Terutama bila kadarnya sudah tinggi sekali, misal trigliserida yang normalnya dibawah 200 mg atau 150 mg, ada yang sampai 600 atau 700 mg itu biasanya akan mengantuk. Hal ini biasanya terjadi kerana kurangnya pengaliran oksigen ke otak akibat pembuluh darah yang menyempit kerana adanya timbunan lemak akibat kolestrol.

  • Kesemutan
Kadang-kadang kesemutan juga boleh terjadi kerana darahnya agak pekat. Kadar kolestrol yang tinggi dapat menyebabkan aliran darah menjadi pekat sehingga oksigen menjadi kurang.

  • Timbunan lemak di atas kelopak mata
Secara klinikal ada beberapa hal yang boleh dijadikan petunjuk awal seseorang memiliki kolestrol tinggi, aitu adanya timbunan lemak di atas kelopak mata. Biasanya timbunan ini mengandungi kadar trigliserida (molekul asam lemak) yang tinggi.

  • Mudah Letih
Ketika plak terbentuk di dinding arteri, boleh menyebabkan keadaan seperti atherosclerosis, penyakit jantung koroner (PJK) dan penyakit mikrovaskuler koroner atau coronary microvascular disease (CMD). Keadaan seperti inilah yang menyebabkan badan terasa mudah letih.

  • Sering Sakit Kepala
Ini kerana kolestrol yang tinggi dalam darah menyebabkan terjadinya penimbunan plak-plak di pembuluh darah arteri sehingga menyebabkan terjadinya artherosclerosis. Keadaan ini membuat arteri akan menyempit dan membuat aliran darah ke kepala dan otak berkurang, sehingga menyebabkan rasa sakit di kepala.

  • Kaki Bengkak
Kaki merupakan organ tubuh yang paling jauh dari jantung. Ketika pembuluh darah menyempit dan pengaliran oksigen berkurang, maka tentu saja yang paling sedikit mendapatkan darah adalah kaki. Hal ini akhirnya menyebabkan kaki terlihat membengkak. Keadaan ini hampir sama dengan ketika anda terlalu lama duduk ketika perjalanan jarak jauh, terutama di kelas ekonomi.



JUMPA LAH DOKTOR ANDA UNTUK MEMASTIKAN KESIHATAN ANDA TERJAMIN.
MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI
PeSanan : ELAKKAN MAKANAN FAST FOOD AIR BERKARBONAT.

BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee, Ingin Tahu tentang promosi Shaklee,Tempahan serta pembelian produk shaklee, daftar keahlian Shaklee atau menjana pendapatan dari rumah, sila hubungi saya

Facebook : Norazlina Mohd Idris (DUNIA VITAMIN IRDINA)
Shaklee ID : 804347
Gmail : Irdinashaklee@gmail.com
Blogger : DUNIAVITAMINIRDINA.BLOGSPOT.COM
Call / sms / whatsapp : 012-994-4503 @ 013-235-5858

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas ulasan dan coretan anda.