Wednesday, October 5, 2016

Ketawa..? Apakah impaknya...?

Impak Ketawa Pada Biologi Tubuh

Tahukah anda, manfaat ketawa 100 kali atau lebih sama dengan anda melakukan senaman aerobik selama 10 minit. Jadi ketawa sebenarnya bukan sekadar "menghidupkan emosi" tetapi kesannya lebih daripada itu - mengubah biologi tubuh secara sementara dan meningkatkan tahap kesihatan. Ketawa memberi kesan kepada otak, paru-paru, mata, jantung, otot, hormon dan emosi.
Ketawa..? Apakah Impaknya

OTAK

Ketawa mencetuskan rangsangan pada bahagian utama otak dan tubuh. Signal akan dihantar bagi meningkatkan fungsi paru-paru.

 

PARU-PARU

Otot dada dan diafragma mengecut, memaksa udara keluar daripada paru-paru melalui saluran pernafasan dan larinks. Peti suara anda akan bergetar dan mengeluarkan bunyi "haha" atau "hoho".

 

MATA

Jika perkara yang ditertawakan sangat lucu, lihat mata anda. Mesti akan berair.

 

JANTUNG

Kadar degupan jantung dan tekanan darah akan meningkat ekoran permintaan terhadap oksigen yang tinggi untuk dibekalkan kepada paru-paru dan organ tubuh yang lain.

 

HORMON

Ketawa merembeskan endorfin, hormon yang sama dihasilkan sewaktu bersenam. Selain itu, ketawa juga "menekan" penghasilan hormon kortisol yang sering dikaitkan dengan kemurungan dan kelesuan.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee, Tempahan serta pembelian produk shaklee, daftar keahlian Shaklee atau menjana pendapatan dari rumah, sila hubungi saya

Facebook : Annur Healthyshaklee @ Annur HealthForever
Shaklee ID : 804347
Gmail : Irdinashaklee@gmail.com
Blogger : DUNIAVITAMINIRDINA.BLOGSPOT.COM
Call / sms / whatsapp : 012-994-4503

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas ulasan dan coretan anda.