Mee Bandung Abu Hanifah
Jalan Abdullah, Muar, Johor 84000
Apa yang menarik?
Menjual mee bandung Muar yang sangat sedap. Terletaknya di Jalan Abdullah. Anda juga boleh mendapatkan perencah mee bandung di sini untuk dibawa balik masak di rumah. Berdasarkan info, asalnya kedai ini adalah Mee Bandung Muar. Kemudiannay ditukar kepada Mee Bandung Abu Hanifah setelah anaknya mengambil alih.
Darul Masyhur
Jalan Sisi, Muar, Johor
Apa yang menarik?
Kalau makan di sini, sememangnya sup yang menjadi pilihan walaupun adanya pelbagai menu di sini. Menjual pelbagai jenis sup. Antara sup yang terbaik adalah sup kambing. Kedai ini dibuka 24 jam sehari. Menjadi tempat lepak kebanyak golongan muda. Dengar cerita, servis yang dibuat lambat. Jadi, nasihat kepada pemilik tambahkan lagi pekerja. Makanan sudah terbaik!
Medan Ikan Bakar Sabak Awor
Jalan Cahaya (Taman Bakariah Indah), Muar, Johor 84000
Apa yang menarik?
Terkenal dengan makanan laut yang segar dan besar. Harga di sini juga murah sangat kalau dibandingkan tempat lain. Antara yang terbaik untuk gerai di sini adalah Gerai Wak Jos Ikan Bakar. Terdapat juga menara peninjau berdekata. Jadi bolehlah pergi melawat sementara menunggu makanan disediakan.
Restoran Murtabak JD Singapore
Jalan Kesang, Muar, Johor 84000
Apa yang menarik?
Jika anda mencari murtabak bersaiz besar, sini adalah kawasannya. Restoran ini dikatakan orang pertama yang membawa murtabak Singapore ke Muar. Ada banyak pilihan saiz murtabak boleh dipilih. Semuanya bergantung pada tahap lapar dan bilangan ahlinya. Apa yang menjadi ianya menarik adalah homemade cilinya. Memang lain dan unik. Inilah tarikan utamanya.
Mee Bandung Central
Tanjung Agas, Muar, Johor
Apa yang menarik?
Selain mee bandung Abu Bakar Hanifah, mee banudng ini juga anda boleh cuba. Dikatakan asli dan sedap. Antara mee bandung Muar yang patut anda cuba jika ke sini. Turut juga menjual perencahnya. Cuma yang tidak menarik di sini adalah lokasinya.
Itulah cadangan 5 tempat makan sedap dan best di Muar. Anda ada cadangan lain untuk tempat makan menarik di Muar? Manalah tahu kami boleh terjah ke sana. Lagipun kami bukan orang tempatan sana. Jadi cadangan tempat makan sedap dan menarik di Muar ini mungkin berbeza sedikit. Kalau best artikel tempat makan menarik di Muar ini , jangan lupa untuk share atau like.
Facebook : Norazlina Mohd Idris (DUNIA VITAMIN IRDINA)
Gmail : Irdinashaklee@gmail.com
Blogger : DUNIAVITAMINIRDINA.BLOGSPOT.COM
Call / sms / whatsapp : 012-994-4503
ID SHAKLEE : 804347 (sesiapa sahaja boleh menggunakan Number ID SHAKLEE saya sekiranya anda ingin membeli sendiri di BRANCH SHAKLEE yang berhampiran dengan tempat tinggal anda di luar sana..)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas ulasan dan coretan anda.