Sunday, April 14, 2013

Susu MERUDUM?? Ketahui sebab-sebab dan cara mengatasinya






Susu MERUDUM?? Ketahui sebab-sebab dan cara mengatasinya..




Proses Penyusuan ibu ibarat roda,sekejap kita di atas sekejap kita di bawah.Susu juga begitu kejap banyak,kejap lagi berkurang...Bila perasan susu merudum mulalah risau dan bimbang takut tak dapat kumpul stok susu untuk anak.. Jangan tension2 ya ibu-ibu jika perkara ini berlaku kerana ia merupakan perkara normal sebenarnya.Kalau kita stress dan tak tenang lagilah susu merudum...






Jadi apa sebenarnya punca susu MERUDUM?


Jom kita tengok beberapa faktor yang mempengaruhi kemuruduman susu:


  1. Ibu gagal memenuhi konsep penyusuan "demand dan supply"


Rata-rata ibu gagal memberi rangsangan secukupnya kepada badan untuk menghasilkan susu. Rangsangan ini melalui 'direct feed' atau pam.Ini antara beberapa kesilapan yg para ibu lakukan.

  • pam tidak konsisten atau jarak masa antara sesi pam terlalu jauh. 
Ibu digalakkan untuk mengosongkan/pam payudara setiap 2-3 jam sekali bagi menghantar singal pada otak untuk terus menghasilkan susu.Kurang rangsangan maka kurangla supply.

  • Pam bila breast penuh atau breast bengkak bila ibu pam bila breast dah penuh atau bengkak,badan ibu akan memberi signal kepada otak bahawa bayi tak perlukan banyak susu.Jadi secara automatic badan akan menghsailkan susu yang sedikit.Jika cara ini yang ibu amalkan susu memang akan drop
  • pam ikut suka hati bila boleh. Saya galakkan ibu buat jadual pam ikut masa terluang ibu itu sendiri sebab setiap perjalanan penyusuan setiap ibu berbeza.Ikut jadual pam itu dengan konsisten agar badan akan terlatih dan faham bila perlukan susu.Walaupun breast rasa lembik atau bila pam hanya sedik hasilnya kena pam juga ya..
  • pam bila susu keluar dan berhenti bila susu stop mengalir. Ini memang konsep yang salah.Ibu kena pam setiap breast minimum 20 minit bagi setiap breast untuk 1 sesi pam.Walaupun susu dah stop mengalir teruskan pam kerana di hujung sesi pam ibu mungkin mengalami ;let down' sekali lagi.


2. Keadaan ibu:



Apa yang dimaksudkan dengan keadaan ibu?

  • Letih
  • stress
  • period
  • Sedang mengandung

Semua di atas juga menjadi punca susu merudum.kenapa? sebab penyusuan susu ibu ni berkait rapat dengan 2 hormon iaitu prolaktin (haslkan susu) dan oksitosin (merangsang susu keluar) atau ia juga dipanggil hormon gembira.


Dalam suasan yang tenang dan ibu rasa gembira serta tenang (tidak stress) hormon oksitosin ni dihantar ke otak untuk merangsang pengeluaran hormon prolaktin.Hormon prolaktin ni pula dihantar ke kelenjar susu,Hasilnya secara semulajadi badan akan keluarkan susu.Jadi jika ibu stress dan letih, hormon oksitosin pun kurang dirembes dan secara tidak lagsung hormon prolaktin juga akan berkurang dan akan menyebabkan susu kurang..Maka tidak hairanla jika susu merudum dan ibu mula risau dan bimbang susu semakin merudum.. Jadi ibu-ibu diluar sana kena pandai kawal emosi dan cuba berfikiran positif jangan stres sebab stress akan menyebabkan susu semakin merudum.


3.Pengambilan air kosong tidak cukup


Ibu yang menyusukan anak disarankan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari.Ini kerana komponen utama susu ibu adalah air.Jika ibu sendiri tidak cukup air macamna nak menghasilkan susu, betul tak?


4.Diet harian tidak seimbang

Seperti yang sedia maklum susu ibu adalah apa yang yang ibu makan.Jadi jika badan ibu itu sendiri tidak cukup nutrien, bagaimana pula badan ibu menghasilkan susu.Bila badan ibu sihat dan cukup nutrien badan akan berfungsi dengan baik denganitu badan ibu juga dapat memproseskan susu dengan baik.Jadi ibu-ibu disarankan untuk mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat.


5.Pam tidak sesuai


Ramai ibu-ibu yang mengaduh bila pam rasa sakit dan susu yang keluar sikit je. Punca utama ialah penggunaan pam yang tidak sesuai.Bila menggunakan pam yang tidak sesuai suction kadand2 menyakitkan,pumping tak optimum dan hasil perahan juga sedikit..


Jika ada budjet adalah lebih baik anda menggunakan dauble pump. Ini kerana masa 'let down' kedua dua breast akan keluarkan susu.Jadi jika kedua dua belah breast dirangsang serentak,hasilnya pun banyak.Biasanya bila guna single pam sedelah breast dapat banyak sebelah lagi sikit.


Teknik untuk banyakkan semula susu


1.Cari punca susu merudum dan atasi punca itu


Ibu kena renung balik apa punca susu merudum.Jadual pam macamna?konsisten tak ikut jadual pam?Badan stress dan letih ke? ambi makanan yang macamna? seimbang ke tidak.Cukup ke air yang diminum tu.Bilamana ibu tahu apa punca susu merudum senanglah nak betulkan balik.


2.Lakukan power pumping dan Tanderm nursing


Teknik power pumping adalah cara yang paling bagus dan berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu.Ini kerana teknik ini serupa dengan mimik hisapan bayi.


Caranya pam 10 minit secara bergilir sehingga 1 jam bagi yg menggunakan single pam. Bagi yg menggunakan dauble pam, pam sepuluh minit rehat 10 minit kemudian ulang sehingga 1 jam..

Lakukan setiap hari selama 1-2 minggu.. Jika angin je yang keluar teruskan pam, jika ibu konsisiten hasilnya akan nampak..



Ibu juga boleh cuba kaedah tunderm nursing.sebelah payudara anak isap sebelah lagi pam..


3. Sentiasa positif dan yakin


Bila susu banyak ibu happy, bila susu sikit bersyukur kerana Tuhan bagi rezeki untuk anak.Yakinkan diri bahawa anda mampu untuk menyusukan anak sepenuhnya.. Jangan bandingkan hasil tenusu (perahan) dengan orang lain sebab demand setiap anak berbeza.


4. Akhir sekali pastikan pengambilan air kosong cukup sekurang kurangnya 3L sehari dan pastikan pengambilan makana yang seimbang.


Sekiranya anda tidak mampu menyediakan makanan yang seimbang anda boleh pertimbangankan pengambilan supplement SHAKLEE untuk mengisi kekosongan zat dalam badan...
kredit : mommyachel

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit





Jangan malu dan jangan segan untuk mencuba produk Shaklee ini... Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee, keahlian Shaklee atau menjana pendapatan dari rumah, sila hubungi saya

Facebook : Norazlina Mohd Idris (DUNIA VITAMIN IRDINA)
Gmail : Irdinashaklee@gmail.com
E-mail : Lina_irdina@ymail.com
Blogger : DUNIAVITAMINIRDINA.BLOGSPOT.COM
Call / sms / whatsapp : 012-994-4503        
ID SHAKLEE : 804347           (sesiapa sahaja boleh menggunakan Number ID SHAKLEE saya sekiranya anda ingin membeli sendiri di BRANCH SHAKLEE yang berhampiran dengan tempat tinggal anda di luar sana..) 



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas ulasan dan coretan anda.