Sunday, August 27, 2023

Set Mengandung Shaklee Paling Popular

Sejak saya mengenali Shaklee melalui kakak saya, sepanjang tempoh kehamilan anak-anak saya , bermula kehamilan anak kedua dan ketiga, saya memang amalkan vitamin Shaklee sepanjang mengandung.

Bagi mereka yang dah lama mengenali Shaklee, pastinya produk ini tidak asing lagi. Ia adalah antara produk top seller Shaklee dalam Malaysia.




ESP Shaklee adalah antara minuman yang saya amalkan selain susu ibu mengandung. 

Ya ia mengenyangkan dan menyihatkan. 

Ada masa saya campurkan ESP Shaklee bersama susu ibu mengandung.

Ada sesetengah ibu tidak boleh menerima rasa soya dari ESP , namun saya cadangkan amalkan ESP dengan serbuk cokelat atau pati sari perasa oren. 

Set Mengandung Shaklee



Selain pengambilan ESP sebagai memenuhi keperluan protien, Multivitamin adalah wajib untuk ibu mengandung.

Multivitamin sangat perlu kerana dalamnya terkandung semua vitamin yang diperlukan untuk bina darah, permbesaran anak dan tenaga yang berterusan untuk si ibu.

Dalam Shaklee multivitamin dikenali sebagai Vita-lize. Ianya adalah sebagai pelengkap nutrisi ; membantu menambah nutrisi dalam badan kita akibat diet yang tidak seimbang seperti kurangnya makan sayrur dan buah-buahan. Ini juga termasuklah mereka yang amalkan vegetarian.
Multivitamin menyediakan asas nutrisi , memastikan sel hidup , pertumbuhan sel baru , membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit , kuku dan hormon serta kesihatan tiroid.

Ia juga dikatakan penambahan tenaga segera kepada tubuh supaya lebih cergas , mempunyai kekuatan mental sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek penumpuan pekerjaan harian.


Set Mengandung Shaklee


B complex pula adalah vitamin yang terpenting untuk ibu mengandung sebagai satu vitamin yang membantu membina darah. Vitamin B yang terutama Biotin diperlukan untuk tumbesaran bayi.

B complex Shaklee mengandungi 8 B yang diperlukan oleh badan.

Vitamin B1, B2, B3 , B6 , Biotin dan Asid pantotenik membantu tubuh dalam proses metabolisme protien , lemak , Karbohaidrat kepada tenaga.

Asid folik dan vitamin B12 menyokong pembentukan sel darah merah dalam tubuh.

Paras Asid folik yang mencukupi dalam diet dapat mencegah kecacatan tiub nueral bagi wanita yang merancang untuk hamil, sebelum hamil dan dalam 12 minggu pertama kehamilan dengan doa harian sebanyak 400 mcg*

Ada ibu yang takut nak amalkan B complex kerana takut gemuk ... so boleh baca artikel kakak saya 
Takut Makan B Complex kerana Takut Gemuk?


Set Mengandung Shaklee



Selain vitamin ni, ibu mengandung sangat perlukan kalsium. 

Pengambilan kalsium sehari yang dicadangkan untuk ibu hamil ialah dalam dos 1300mg (ibu berumur 14-18 tahun) dan 1000mg (ibu berumur 19-50 tahun). Asid Lemak Perlu seperti asid lemak omega-3 DHA dan EPA juga penting bagi pembentukan otak dan saraf bayi dari peringkat awal pembentukan.

Shaklee mempunyai produk kalsium yang dikenali sebagai Ostenutrix.

Ramai ibu mengandung yang tidak suka minum susu. Maka mereka mempunyai pilihan untuk mengamalkan supplement kalsium seperti Ostenutrix Shaklee.

Setiap hidangan Ostenutrix dapat mencukupkan keperluan kalsium harian iaitu 1000mg sehari.

Diformulasi khas dengan campuran 7 nutrienyang penting termasuk kalsium, vitamin D, magnesium, zink, kuprum, mangan dan boron untuk membantu membina ketumpatan tulang.

Ostenutrix direka dalam bentuk camplet dan bersaiz kecil serta mudah telan.

Kadar penyerapan kalsium yang efektif dalam asa 12 jam mengikut kajian klinikal dan selamat untuk semua golongan.


Set Mengandung Shaklee




Jika berminat nak dapatkan produk Shaklee, boleh dapatkan dari saya 

Pengedar Shaklee Ready Stok Bukit Payong

013-9993499





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Saturday, August 26, 2023

Keperluan Wanita Mengandung

Siapa tak gembira bila dapat tahu dirinya mengandung anak kepada suami yang dicintai. Pasti kita akan mengira hari menunggu kelahiran kandungan ini. 

Keperluan wanita mengandung



Namun setiap ibu yang mengandung perlu tahu apakah keperluan ibu mengandung supaya kandungan dapat membesar dengan sihat dan selamat serta ibu juga dapat meneruskan aktiviti harian mereka.

Ibu dah perlu menyediakan checklist apa yang perlu dibuat dan disediakan sehingga waktu nak melahirkan.

Dalam penulisan kali ini saya nak share kan tentang beberapa keperluan wanita mengandung .

Sepanjang tempoh kehamilan si ibu perlu pastikan 

1. Pengambilan vitamin prenatal 

Selain pengambilan makanan yang lengkap gizi dan nutrisi, ibu perlukan makan makanan yang seimbang. Tidak terlalu manis atau masin, tidak terlalu berminyak dan serba serbi seimbang.
Pengambilan vitamin juga penting di saat ini. Ini adalah untuk memastikan bayi membesar dengan sihat dan cukup khasiat yang seimbang. Paling penting ibu perlukan vitamin B, multivitamin dan beberapa vitamin yang perlu untuk perkembangan bayi.


2.  Pakaian yang sesuai untuk ibu mengandung dan seluar yang boleh diregangkan oleh pinggang.
Memandangkan kandungan akan terus membesar maka ibu perlukan pakaian mengandung ynag selesa dengan keadaan tersebut.

3. Krim badan untuk melegakan kulit meregang dan kekeringan yang biasanya disebabkan hormon kehamilan.

Tanda regangan atau stretch mark adalah masalah yang biasa terjadi dalam kalangan wanita. Garis memanjang biasanya berwarna perang seakan-akan ‘berkedut’ dan ada kalanya kelihatan seperti satu garisan merekah membuatkan seseorang itu rasa kurang senang setiap kali melihatnya.

Tanda regangan ini biasanya berlaku disebabkan kehamilan atau faktor perubahan saiz badan. Bagi wanita hamil tanda ini dianggap situasi normal pada kulit iaitu perubahan fizikal mahupun fisiologi tubuh termasuk hormon dalam badan.




    4. Rehat yang mencukupi sangat perlu dan si ibu tidak digalakkan melakukan aktiviti lasak dikhuatiri melahirkan kandungan pra matang dan memberi risiko pada bayi.


    5. Barang Persediaan ke Hospital. Agar tidak berlaku kelam kabut dan banyak yang mungkin akan terlupa atau tertinggal, maka disarankan si ibu membuat persediaan barang-barang untuk ke hospital. Biasanya pakaian bayi yang lengkap dengan sarung tangan dan kaki, barut dan bedung serta lampin perlulah disiapkan untuk persalinan pakaian bayi selepas dilahirkan.


    Keperluan wanita mengandung




    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

    Doa untuk Wanita

    Setiap hari kita disarankan punya masa untuk solat, mengaji dan riadah selain dipenuhi dengan masa memikul tanggungjawab lain seperti surirumah atau memegang jawatan dalam kerjaya.


    Doa untuk wanita




    Antara 3 doa pendek yang bagus kita amalkan adalah :






    • DOA KHAWATIR HATIMU BERPALING DARI HIDAYAH.

    رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّاب

    RABBANA LAA TUZIGH QULUU BANAA BA’DA IDZ HADAITANAA WAHAB LANA MILLADUNKA RAHMATAN, INNAKA ANTAAL WAHHAB.

    Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi. (QS. 3),





    • DOA APABILA TERIMA KESUSAHAN.

    حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ

    HASBI YALLAH LAA ILAAHA ILLAA HUWA ‘ALAIHI TAWAK KALTU WA HUWA RABBUL ‘ARSYIL ‘ADHIIM.

    Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arsy (singgahasana) yang agung. (QS. 9 : 129).




    • DOA MEMOHON KEPADA ALLAH AGAR SOLAT KITA BESERTA KELUARGA TERJAGA.

    رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

    RABBIJ ‘ALNII MUQIIMASH SHALAATI WA MIN DZUR RIYYATI RABBANA WA TAQABBAL DU’AA.

    Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap melaksanakan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doa kami. (QS. 14 : 40).


     


    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.